PPISMP in memories~

Aerobic competition 09

Ariston Alamku PLBD performance

Saturday, September 12, 2009

ranjau kehidupan....

Sebelum ini,aku pernah merasakan betapa peritnya menanggung kemiskinan...dahulu aku adalah seorang budak yang nakal..aku tak prnah melukai perasaan sahabatku dan sahabatku pun tak pernah melukai ku..kami bersahabat penuh keikhlasan...Dalam bersahabat itu, merreka semua tidak pernah mengetahui betapa peritnya aku menanggung hidup ini...kecuali seorang sahabat setiaku,yang membesar bersamaku hanya dia sahaja yang tahu betapa peritnya hidup yang ku tanggung ini...bapaku hanya seorang nelayan ketika itu...hasil tangkapannya tidaklah sebanyak mana hanya mampu menanggung makan minum kami sahaja....jika musim tengkujuh tiba ,bapa tidak pergi ke laut...sebenarnya tempatku itu bukanlah laut tapi sungai sahaja yang terdapat di tempatku...pernah suatu ketika adik lelaki ku menangis kerana tiada beras sudah, jadi kami terpaksa mengikat perut menahan lapar. Melihat adikku menangis menahan lapar, ibuku terpaksa menahan malu meminta ehsan jiran untuk memberikan secupak beras. Nasib baiklah jiranku itu baik hati...diapun memberi kami beras dan sedikit lauk. Adikku sangat gembira ketika itu dan selepas sahaja nasi masak adikku terus menjama nasi itu dengan gelojohnya...ibu hanya makan sesuap sahaja dan memberikan sebahagiannya kepada adik dan bapaku..melihat sahaja adikku berselera menjamah makanan yang tidak seberapa itu, air mataku mengalir dan aku memberikan nasi itu kepada adikku..kesedihan menyelubungi diriku...aku sanggup mengikat perut daripada melihat kesengsaraan yang dihadapi keluargaku...bukan sahaja dari segi kewangan namun saat hari raya pun bajuku tak pernah ada dibeli kerna bapaku tidak mampu membelinya. aku kadang-kadang cemburu melihat orang lain beraya dengan baju baru namun aku hanya ada baju yang sudah lama dan sudah lusuh warnanya....warna warni hari raya tidak pernah ku merasainya...aku merasakan hidup ini gelap sahaja....namun aku bersyukur kerana kemiskianan yang aku hadapi dulu telah menguatkan diriku dan membentukku menjadi seorang yang independent...Alhamdulillah sekarang aku telah masuk ke maktab perguruan berkat doa ibu bapaku...akhirnya aku dapat meringankan beban keluargaku juga.....